Mbappe kekal bukan kerana wang: Al-Khelaifi

Khamis 23 Jun 2022 11:12

Kylian Mbappe memutuskan untuk kekal di Paris Saint-Germain (PSG) kerana 'projek' kelab itu dan menolak tawaran yang lebih lumayan daripada Real Madrid, menurut presiden Paris, Nasser Al-Khelaifi.

Al-Khelaifi juga mengecam cadangan Mbappe mempunyai pengaruh yang tidak wajar dalam keputusan bola sepak di kelab itu dalam temu bual dengan Marca, serta melabelkan La Liga 'mati' dan mendakwa tidak pernah mendengar tentang presiden liga, Javier Tebas.

Mbappe dijangka menyertai Madrid selepas tamat kontrak di Paris bulan ini, tetapi menyerahkan masa depannya kepada PSG sehingga 2025 dalam keputusan mengejut pada Mei.

Keputusan itu mencetuskan kemarahan di Sepanyol, dengan presiden Madrid Florentino Perez mendakwa penyerang itu "mesti sudah menyesal" kerana menghina juara Eropah itu, dan ketua LaLiga Tebas menuduh kelab Perancis itu cuba "memusnahkan" bola sepak Eropah dalam aduan kepada UEFA.

Tetapi Al-Khelaifi berkata pilihan Mbappe tidak pernah mengenai wang, malah mendakwa mengetahui pemenang Piala Dunia 2018 itu mahu kekal lama sebelum akhir musim lalu.

"Saya sangat menghormati Real Madrid sebagai sebuah kelab, mereka adalah kelab yang hebat, tetapi Kylian tidak pernah membuat keputusan untuk memperbaharui kontrak demi duit, itu perkara pertama. Tawaran Madrid lebih baik daripada kami," katanya.

“Dia adalah pemain kami dan dia mempunyai kelab lain di England serta Madrid, tetapi dia memilih PSG, dan kami tidak bercakap dengan dia atau keluarganya mengenai wang sehingga saat terakhir.

"Kylian sangat berminat dengan projek itu, dalam bola sepak dan sukan. Dia orang Paris, dia orang Perancis, dan dia mahu kekal di sini untuk mewakili bandarnya dan negaranya, kelabnya, dan tidak adil apa yang telah diperkatakan mengenainya dia."

(Foto PSG FB)

Artikel Berkaitan

Son sasaran terbaru Real Madrid?

09:41 24-06-2022

Neymar tidak akan tinggalkan PSG

09:37 24-06-2022