Son sasaran terbaru Real Madrid?

Jumaat 24 Jun 2022 09:41

Real Madrid dilaporkan menyasarkan Son Heung-min sebagai sasaran musim panas ini bagi menguatkan bahagian serangan mereka.

Heung-min, 29, melalui musim cemerlang dalam Liga Perdana bersama Tottenham musim lalu - menjaringkan 23 gol untuk meraih anugerah Kasut Emas bersama penyerang Liverpool, Mohamed Salah.

Menurut wartawan Rudy Galetti, Real Madrid sedang memantau bintang Korea Selatan itu selepas prestasi hebatnya di depan gawang dan tidak lama lagi akan cuba memasuki pasaran perpindahan pemain.

Carlo Ancelotti yang menang Liga Juara-Juara buat kali kedua selaku pengurus Real Madrid - mahu menambah pilihan apabila beberapa pemain meninggalkan kelab itu.

Gareth Bale dan Isco akan meninggalkan kelab selepas kontrak mereka tamat manakala Marco Asensio diburu Liverpool dan AC Milan.

Kelab itu juga gagal mendapatkan Kylian Mbappe selepas sekian lama memburunya berikutan penyerang Perancis itu mengambil keputusan kekal di Paris Saint Germain.

Juara La Liga musim lepas terpaksa mencari pemain pilihan lain dan penyerang Spurs itu adalah calon paling sesuai.

Son menandatangani kontrak baharu bersama Spurs musim panas lalu yang membuatkannya kekal hingga 2025.

(Foto Son Heung-min FB)

Artikel Berkaitan

Peminat Atletico tolak Ronaldo

09:50 26-07-2022

Kane bakal ganti Lewandowski di Bayern?

09:39 14-07-2022