Pogba tak kesal beraksi bersama Man United

Rabu 13 Julai 2022 12:53

Paul Pogba mendedahkan dia telah 'banyak berfikir' tentang kembali ke Juventus selepas mengesahkan kemunculan semula dalam saingan Serie A, sambil menjelaskan kesukaran di Manchester United sebagai salah satu faktor.

Setelah meninggalkan United berikutan kontraknya berakhir pada Jun, Pogba mengesahkan kembali ke Juventus pada hari Isnin, enam tahun selepas meninggalkan gergasi Turin itu untuk menuju ke Old Trafford dengan yuran perpindahan bernilai GBP89 juta.

Pemenang Piala Dunia 2018 itu memenangi empat kejuaraan Serie A berturut-turut dalam tempoh pertamanya bersama Bianconeri, menjaringkan 34 gol dalam 178 penampilan untuk kelab itu.

Walaupun menjulang Piala EFL dan trofi Liga Europa pada musim 2016-17, Pogba sebahagian besarnya bergelut untuk memenuhi tanda harga tingginya bersama United.

Kehadirannya tidak dapat menghalang Red Devils daripada gagal memenangi sebarang trofi dalam tempoh lima tahun selepas kempen pertamanya di England.

Walaupun Pogba mengakui kepulangan Serie A sudah lama difikirkannya, bintang Perancis itu menegaskan dia tidak menyesali perpindahannya ke Liga Perdana Inggeris (English Premier League) dan berasakan dia telah berkembang sebagai pemain di United.

“Saya gembira untuk pulang, inilah yang saya rasa di sini,” kata Pogba.

"Anda semua telah melihat sambutan orang ramai, tetapi ini adalah sesuatu yang lebih daripada mimpi. Saya sangat-sangat gembira.

“Mesej daripada penyokong Juventus sentiasa menggembirakan saya, walaupun saya fokus untuk bermain dengan baik di United.

"Musim lalu, hanya tinggal satu tahun lagi [kontrak saya], saya banyak berfikir tentang kepulangan saya, dan inilah saya. Sekarang saya gembira.

"Saya percaya pada takdir, saya gembira dengan pilihan yang telah saya buat dalam hidup saya. Kehidupan seperti ini, kadang-kadang anda membuat pilihan yang tidak mengikut kehendak anda, tetapi saya gembira dengan tahun-tahun di Manchester.

"Saya membesar, saya belajar, saya menjadi seorang lelaki. Saya tidak salah. Tuhan menghendaki ini, dan saya sangat gembira berada di sini di Juventus hari ini.

"Hati saya memberitahu saya bahawa Juve adalah destinasi saya. Saya rasa di dalam hati inilah tempat saya mahu kembali, dan saya membuat keputusan."

(Foto Paul Labile Pogba FB)

Artikel Berkaitan

Man United memang layak dibelasah: Ten Hag

09:57 03-10-2022

Keane selar aksi bintang Man United

09:33 03-10-2022