Nagelsmann tak hormati Spurs: Conte

Isnin 25 Julai 2022 09:30

Pengurus Spurs, Antonio Conte menyifatkan pengendali Bayern Munich, Julian Nagelsmann sebagai "tidak menghormati" kerana menyatakan secara terbuka bahawa dia mahu menandatangani penyerangnya Harry Kane.

Nagelsmann sedang mencari jalan untuk membawa masuk penyerang tengah baru sebelum musim baharu bermula berikutan penghijrahan Robert Lewandowski ke Barcelona awal bulan ini.

Nagelsmann mengaku mengagumi Kane yang masih mempunyai baki kontrak dua tahun bersama kelab London itu minggu ini tetapi mengakui kapten England itu mungkin terlalu mahal untuk Bayern.

Kane yang berusia 28 tahun mendedahkan bahawa dia mahu berhijrah tahun lalu, bagaimanapun dia tidak jadi angkat kaki selepas Conte dilantik sebagai pengurus pada November lalu.

"Sejujurnya saya tidak mendengar perkhabaran itu," katanya.

"Pastinya saya seorang jurulatih yang tidak bercakap mengenai pemain lain di pasukan lain."

"Saya tidak tahu kenapa (Nagelsmann bercakap tentang Kane). Situasi dengan Tottenham sangat jelas, perancangan dengan kelab juga jelas. Dia sebahagian daripada projek, bahagian penting dalam projek itu."

"Pada masa yang sama saya tidak suka bercakap mengenai pemain kelab lain. Jika saya mahu melakukan sesuatu saya pergi dan bercakap dengan kelab dan tidak melalui media."

"Mungkin ia seperti tidak menghormati kelab lain. Ini adalah cara saya menangani situasi dengan pemain lain."

(Foto Tottenham Hotspur FB)

Artikel Berkaitan

Bayern berpesta gol

09:19 05-10-2022

Mane masih terbayang Liverpool

09:27 04-10-2022