Xavi mahu Messi kembali ke Barca

Selasa 26 Julai 2022 09:37

Pengendali Barcelona Xavi dilaporkan berminat untuk bergabung semula dengan Lionel Messi untuk musim 2023 apabila meminta presiden kelab, Joan Laporta untuk membawa pulang pemain Argentina itu dari Paris Saint-Germain (PSG).

Messi meninggalkan Barca pada musim panas lalu di penghujung kontraknya dengan kelab berkenaan yang ketika itu bergelut dengan masalah kewangan.

Bagaimanapun, musim pertama Messi di ibu negara Perancis mengecewakan dengan ikon bola sepak itu hanya meledak 11 gol dan 15 kali membantu jaringan dalam semua pertandingan.

Walaupun kekurangan gol daripada Messi, PSG berjaya merampas kembali kejuaraan Ligue 1 dari Lille tanpa masalah besar.
 
Xavi dilaporkan mengarahkan Laporta untuk mencuba dan memikat Messi kembali ke Nou Camp dan dia percaya perpindahan tersebut  akan membawa impak ekonomi serta persembahan pasukan.

Messi hanya mempunyai setahun lagi dalam kontraknya bersama PSG, yang akan membolehkannya berhijrah pada musim panas depan.

Laporta secara terbuka menyatakan bahawa babak Messi di Barca belum selesai.

"Saya tidak percaya babak Messi di Barcelona sudah berakhir dan saya percaya adalah tanggungjawab kita untuk memastikan bab itu masih terbuka, belum ditutup.

"Untuk mendapatkan saat bagi melakukannya seperti yang patut dilakukan supaya dia mendapat pengakhiran yang jauh lebih indah daripada apa yang dia miliki. Adakah saya rasa saya berhutang kepadanya? Ya.

"Secara moral, sebagai presiden Barcelona, saya fikir saya melakukan apa yang perlu dilakukan. Tetapi sebagai presiden Barcelona juga dan secara peribadi, saya percaya saya berhutang kepadanya," katanya.

(Foto Xavi Hernandez FB)

Artikel Berkaitan

Xavi berang, tuntut penjelasan pengadil

09:37 05-10-2022

Lewandowski sokong Ukraine

09:13 21-09-2022