Melaka United belasah Penang di laman sendiri

Rabu 27 Julai 2022 09:32

Melaka United  meneruskan momentum kebangkitan selepas mengatasi Penang 4-1 pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, semalam.

Kemenangan besar terbabit terhasil seolah mereka mendapat suntikan moral selepas berjaya mencabar Johor Darul Ta'zim (JDT) pada saingan suku akhir Piala FA Sabtu lalu, sekali gus menampilkan sentuhan lebih bertenaga seawal babak permainan.

Gol Melaka dijaringkan Emmanuel Oti (minit ke-empat), Adriano Narcizo (m-36), Ifedayo Omosuyi (m-58) dan Justin Baas (m-60) perlawanan.

Penang mendapat gol saguhati menerusi sepakan percuma Lucas da Silva pada m-86 namun ia tidak cukup untuk pulang sekurang-kurangnya dengan satu mata.

Di Stadium MBPJ, Sabah bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Petaling Jaya (PJ) City 2-1.

Selepas setengah jam permainan berlangsung, Darren Lok berjaya meletakkan PJ City di hadapan selepas menanduk masuk bola sepakan sudut V.Ruventhiran pada minit ke-34.

Namun, Sabah bangkit pada babak kedua perlawanan menerusi gol penyamaan Taiki Kagayama pada minit ke-48.

Pemain gantian Irfan Fazail muncul wira Sabah apabila menampan masuk bola hantaran seorang lagi pemain gantian, Maxsius Musa pada minit ke-75, sekali gus menjadi gol kemenangan Sabah.

Kemenangan itu menyaksikan Sabah terus mengejar pendahulu, Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan mengumpul 28 mata, hanya satu mata di belakang Harimau Selatan.

(Foto Melaka United FB)

Artikel Berkaitan

JDT bangkit tundukkan Kedah

10:20 05-10-2022

Lambert ledak hatrik, KL belasah Sarawak United

09:16 29-09-2022