Ten Hag bidas tindakan Ronaldo keluar stadium

Khamis 4 Ogos 2022 09:20

Erik ten Hag membidas, tindakan Cristiano Ronaldo dan beberapa pemain Manchester United meninggalkan Old Trafford sebelum perlawanan persahabatan menentang Rayo Vallecano tamat, Ahad lalu.

Selepas membawa pasukan kuat ke Oslo untuk menentang Atletico Madrid pada Sabtu, United mengakhiri aksi pramusim menentang satu lagi kelab Sepanyol, keesokannya.

United seri 1-1 dengan Rayo di Old Trafford pada ketika pemain bintang, Ronaldo membuat penampilan pertama pramusim dan bermain 45 minit pertama.

Penyerang berusia 37 tahun itu tidak menyertai jelajah pramusim di Thailand dan Australia kerana masalah keluarga, sebelum pemain mahu berhijrah itu dirakam bersama Diogo Dalot meninggalkan stadium sebelum perlawanan berakhir.

Ten Hag tidak bercakap dengan media selepas perlawanan itu, tetapi menyatakan kekesalannya kepada pihak penyiaran Viaplay.

"Ramai pemain lain (serta Ronaldo) yang pulang awal," kata bos United itu.

"Tindakan itu tidak boleh diterima untuk semua orang," katanya.

"Saya beritahu mereka ia tidak boleh diterima, kami sebagai satu pasukan, satu skuad sepatutnya bersama sehingga akhir."

Ten Hag akan membimbing perlawanan kompetitif pertama sebagai pengurus United apabila mereka melayan kunjungan Brighton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad ini.

(Foto Man Utd FB)

Artikel Berkaitan

Sikap Ronaldo buat rakan sepasukan muak

10:01 10-08-2022

Apa sudah jadi Man United?

09:33 08-08-2022