Pogba elak pembedahan lutut untuk Piala Dunia

Khamis 4 Ogos 2022 09:33

Pemain tengah Juventus, Paul Pogba dijangka hanya diketepikan selama lima minggu selepas memutuskan untuk tidak menjalani pembedahan lutut yang mana ia bakal menjejaskan aksinya di Piala Dunia.

Tonggak antarabangsa Perancis itu, yang kembali semula Juventus selepas enam tahun di Manchester United, akan menjalani terapi konservatif selama lima minggu.

Pogba, 29, mengalami kecederaan meniskus di lutut kanannya semasa sesi latihan bersama Juventus bulan lalu di Amerika Syarikat dalam jelajah pramusim kelab itu.

Dia meminta nasihat beberapa pakar mengenai rawatan dan untuk menentukan sama ada pembedahan diperlukan atau tidak.

Pogba akan terlepas permulaan musim Serie A, yang dijadualkan bermula pada 13 Ogos, tetapi mungkin kembali pada pertengahan September.(Foto Juventus FB)

Artikel Berkaitan

Firmino tiada niat tinggalkan Liverpool

09:20 01-08-2022

Pogba terlepas Piala Dunia?

10:10 29-07-2022