RAMALAN SKOR EPL | Tiada kejutan pada minggu pembukaan

Jumaat 5 Ogos 2022 09:38

CRYSTAL PALACE 1 ARSENAL 2

Arsenal akan mencongak untuk memulakan musim dengan kemenangan. Musim lalu, Palace mengejutkan the Gunners 3-0, tetapi pertemuan kali ini tampak akan menyebelahi anak buah Mikel Arteta.

FULHAM 0 LIVERPOOL 3

The Cottagers tidak pernah berjaya mengatasi The Reds di laman sendiri sejak 2011 dan Liverpool akan berhasrat untuk memulakan musim baru dengan kemenangan.

BOURNEMOUTH 0 ASTON VILLA 1

The Cherries telah menewaskan Villa 2-1 pada tiga pertemuan berturut-turut sebelum mereka turun ke divisyen dua. Kali ini, pasukan Steven Gerrard yang tampak lebih kuat untuk dapatkan tiga mata.

LEEDS UNITED 1 WOLVES 2

Pengendali Leeds Jesse Marsch akan berharap pasukannya dapat mengekalkan prestasi selepas kehilangan dua tonggak utama Kalvin Phillips dan Raphinha. Wolves, yang berjaya kekalkan pemain-pemain utama mereka,  mampu menghukum Leeds walaupun beraksi di tempat lawan.

NEWCASTLE UNITED 2 NOTTINGHAM FOREST 0

The Magpies mampu mencipta kejutan di carta Liga Perdana selepas kemajuan mendadak di bawah kendalian Eddie Howe. Forest mungkin perlukan masa untuk sesuaikan diri setelah pulang ke Liga Perdana selepas lebih 20 tahun.

TOTTENHAM 2 SOUTHAMPTON 0

Pengendali Tottenham, Antonio Conte telah berbelanja dengan bijak untuk memperkuatkan skuadnya dan Spurs mempunyai kelebihan besar bila berdepan the Saints. Southampton mengakhiri musim lepas dengan cuma 1 kemenangan dalam 12 perlawanan terakhir.

EVERTON 0 CHELSEA 2

The Toffees mempunyai rekod yang baik di tempat sendiri menentang The Blues, tetapi Chelsea dengan kemasukan pemain baru seperti Raheem Sterling mampu menjinakkan pasukan kendalian Frank Lampard.

LEICESTER CITY 2 BRENTFORD 1

Brentford berjaya mengelak penyingkiran musim lalu tetapi Leicester telah memenangi lima pertemuan sebelum ini di antara kedua-dua pasukan, manakala pasukan Brendan Rodgers juga mempunyai kelebihan di tempat sendiri.

MANCHESTER UNITED 2 BRIGHTON 1

The Red Devils perlu memulakan era baru di bawah Erik Ten Hag dengan kemenangan untuk pastikan keyakinan para pemain tidak terjejas. United belum pernah kalah menentang Brighton di tempat sendiri sebelum ini.

WEST HAM 0 MANCHESTER CITY 3

Erling Haaland masih sedang menyesuaikan diri dengan pasukan barunya, dan West Ham akan berharap untuk mengambil peluang dan buktikan mereka tergolong dalam kalangan elit Liga Perdana. Namun, juara bertahan Man City terlalu kuat dan mempunyai pemain handal lain untuk menghukum pihak lawan.