Mane dan De Ligt bukan kelas dunia: Rummenigge

Jumaat 5 Ogos 2022 09:33

Bekas pengerusi Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge cetus kontroversi apabila melabel Sadio Mane dan Matthijs de Ligt sebagai bukan pemain berkelas dunia.

Menerusi satu kolum yang diterbitkan media tempatan, Rummenigge tampak terkilan dengan aktiviti perpindahan pemain dilakukan Bayern Munich.

Legenda Jerman itu tidak merasakan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp akan melepaskan Mane dengan begitu mudah sekiranya penyerang Senegal itu sedang berada di puncak prestasinya.

“Kalau Mane sedang berada di tahap terbaik, Jurgen Klopp pasti akan berjuang habis-habisan untuk mengekalkan Mane di Liver­pool. Sejujurnya, saya tidak boleh turut serta untuk meraikan kegembiraan ini," jelas Rummenigge.

“Saya begitu hormati Mane dan De Ligt, namun bagi saya mereka bukan pemain yang berkelas dunia. Mane akan menghadirkan impak kepada Bundesliga, namun usianya sudah mencecah 30 tahun dan saya tidak lihat dia sedang berada di tahap tertinggi."

Rummenigge juga menyifatkan langkah menyenaraikan De Ligt dalam kesebelasan utama hanya akan menghadirkan risiko dan bertegas Bayern sepatutnya cuba mengekalkan Niklas Sule.

(Foto FC Bayern Munich FB)

Artikel Berkaitan

Mane mampu ganti Lewandowski: Mueller

09:52 10-08-2022

Nagelsmann tak hormati Spurs: Conte

09:30 25-07-2022