Ulangi aksi bila berdepan Myanmar: Osmera

Jumaat 5 Ogos 2022 10:21

Skuad bawah 16 (B-16) negara mahu mengulangi perkara sama apabila menentang Myanmar dalam aksi Kejuaraan B-16 AFF di Stadium Maguwoharjo, Sleman, Indonesia, malam ini.

Jurulatih, Osmera Omaro berkata, beliau menjangkakan tiada perbezaan besar dari segi permainan pasukan Myanmar dengan Kemboja yang mereka kalahkan 3-0, Selasa lalu.

"Buat masa ini, kita sudah ada sedikit maklumat mengenai Myanmar sebab mereka bermain lebih awal daripada kita," katanya.

Kemenangan ke atas Myanmar sangat diperlukan anak buah Osmera untuk terus membuka peluang lebih cerah ke separuh akhir, namun tugas mereka dijangka tidak mudah apabila Myanmar mengejutkan Australia 3-2 pada aksi sebelum ini.

"Bagus untuk bermula dengan kemenangan yang akan memberikan motivasi kepada barisan pemain," katanya Osmera.

"Secara keseluruhan saya masih belum berpuas hati dan banyak yang kita masih boleh perbaiki bertemu Myanmar."

Skuad B-16 negara ketika ini menghuni kedudukan teratas Kumpulan C dengan mengumpul tiga mata, manakala Myanmar yang turut memiliki jumlah mata sama di kedudukan kedua.

Mereka perlu muncul juara Kumpulan C untuk mengesahkan slot automatik ke separuh akhir kerana tiga juara kumpulan dan satu naib juara kumpulan terbaik akan mara.

(Foto FAM FB)