Chelsea sasar Aubameyang

Jumaat 5 Ogos 2022 09:29

Chelsea dilaporkan dilaporkan cuba menandatangani pemain Barcelona Pierre-Emerick Aubameyang.

Pemilik The Blues Todd Boehly memulakan aktiviti jendela perpindahan musim panas ini dengan menandatangani Raheem Sterling dari Manchester City.

Namun pengendali Chelsea Thomas Tuchel masih memburu seorang lagi penyerang selepas Romelu Lukaku kembali ke Inter Milan sebagai pemain pinjaman.

Kelab Liga Perdana Inggeris itu terlepas mendapatkan khidmat Robert Lewandowski yang meninggalkan Bayern Munich untuk menyertai Barcelona.

Kehadiran peledak dari Poland itu menimbulkan persoalan mengenai kedudukan Aubameyang di Camp Nou.

Belum ada tawaran dibuat untuk bekas kapten Arsenal itu tetapi pemilihan pemain Gabon itu sesuatu yang mengejutkan.

Aubameyang pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Stamford Bridge ketika Frank Lampard membimbing bekas pasukannya itu.

Tetapi dia memilih untuk kekal bersama Arsenal sebelum berpindah secara percuma pada Januari lalu.

Selain Aubameyang, Frenkie de Jong, yang berdepan pemotongan gaji di Barca, turut berada dalam radar Tuchel.

Pemain Belanda itu menegaskan dia hanya akan berpindah ke Liga Perdana Inggeris untuk bersama Chelsea, dan tidak berminat menyertai Manchester United yang beraksi di Liga Europa musim ini.

(Foto FC Barcelona FB)

Artikel Berkaitan

Werner kembali ke pangkuan RB Leipzig

10:30 09-08-2022

Tuchel harap dapat beli pemain

10:31 08-08-2022