Conte sasar dua Piala

Jumaat 5 Ogos 2022 18:05

Pengendali Tottenham, Antonio Conte meletakan sasaran tinggi untuk menjuarai Liga Juara-Juara dan Liga Perdana Inggeris (EPL) menjelang aksi pembuka tirai musim baharu menentang Southampton malam esok.

Spurs menamatkan musim lalu dengan memintas Arsenal untuk menduduki tangga keempat dan menempah tiket kelayakan Liga Juara-Juara.

The Lilywhites aktif pada jendela perpindahan bagi memperkuatkan pasukan dalam usaha memburu kejuaraan musim baharu selepas gagal menjulang trofi sejak 2008.

Penjaring terbanyak Everton musim lalu, Richarlison tiba dengan harga £60 juta (RM324 juta) manakala Ivan Perisic, Yves Bissouma, Djed Spence dan Clement Lenglet secara pinjaman telah ditandatangani sekaligus menyalakan impian di Stadium Tottenham Hotspur Stadium

"Kami mahu menjuarai Liga Juara-Juara dan EPL. Saya fikir sasaran saya dan kelab untuk terus meningkat dan mengembangkan proses yang bermula sejak tujuh bulan lalu," kata Conte.

"Ia tidak bermaksud jika anda menjulang trofi sama ada EPL atau Liga Juara-Juara, anda telah mencapai sasaran. Kami perlu terus berusaha berkembang dalam semua aspek kerana pengalaman saya memberitahu kami berada dalam arah yang betul."

Conte turut mendedahkan pemain tengah, Oliver Skipp tidak akan beraksi menentang Southampton esok manakala Bissouma turut mungkin tersisih.

"Ketika ini hanya seorang pemain yang pasti tidak dapat menentang Southampton dan ia adalah Oliver Skipp," kata Conte.

"Mengenai Bissouma, kami ada sehari lagi untuk memantau keadaan fizikal dia. Tiada yang serius tapi saya enggan tanggung risiko untuk perlawanan seterusnya."

(Foto Tottenham FB)

Artikel Berkaitan

Nagelsmann tak hormati Spurs: Conte

09:30 25-07-2022

Kane bakal ganti Lewandowski di Bayern?

09:39 14-07-2022