Apa sudah jadi Man United?

Isnin 8 Ogos 2022 09:33

Erik ten Hag mengakui tugas sukar menantinya selepas Manchester United memulakan kempen baharu Liga Perdana Inggeris dengan kekalahan 2-1 di tangan Brighton.

Pascal Gross meledak dua kali untuk memberikan kemenangan pertama buat Brighton di Old Trafford selepas 113 tahun dimana The Red Devils mengurangkan defisit menerusi jaringan sendiri Alexis Mac Allister.

Pengendali baharu United, Ten Hag menjelaskan kesilapan sebagai punca kekalahan dan menegaskan masalah pasukan sukar diselesaikan dalam tempoh yang singkat.

Skuad Ten Hag diejek ketika rehat dan selepas tamat babak kedua walaupun anak buah Ten Hag menunjukkan peningkatan.

"Satu tugas yang amat sukar. Ia amat mengecewakan dan kami perlu menanganinya.

"Saya tidak berpuas hati, kerana kami tewas dan ia tidak sepatutnya berlaku. Kami sepatutnya beraksi dengan lebih baik.

"Kami memberikan dua gol mudah. Kami perlu belajar daripada kesilapan ini dengan pantas.

"Kami tidak ada masa dan perlu melakukannya dengan cepat," kata Ten Hag yang turut mempertahankan keputusannya untuk tidak meletakkan Cristiano Ronaldo dalam kesebelasan utama.

Bekas bos Ajax itu meletakkan Christian Eriksen untuk menerajui jentera serangan selepas Anthony Martial tidak dapat bermain kerana kecederaan.

"Cristiano baru 10 hari berlatih dan ia terlalu singkat untuk bermain 90 minit penuh. Anda tidak boleh memaksanya," katanya. 

(Foto Man United FB)

Artikel Berkaitan

Klopp tuntut kebangkitan

09:49 03-10-2022

Maguire perlu bangkit: Carragher

09:39 29-09-2022