Haaland baru panaskan badan

Isnin 8 Ogos 2022 10:20

Erling Haaland berkata dia baru memanaskan badan selepas menjaringkan dua gol pada penampilan sulung Liga Perdananya untuk Manchester City.

Penyerang Norway itu mendapatkan penalti dan menyempurnakannya untuk jaringan pembukaan sebelum menyudahkan hantaran Kevin De Bruyne dalam kemenangan 2-0 di West Ham.

Bekas pemain Borussia Dortmund itu menjadi pemain Manchester City pertama menjaringkan dua gol pada penampilan sulung liga sejak Sergio Aguero.

"Ia tentang apa yang kami lakukan dalam latihan setiap hari. Akan ada banyak lagi jadi saya tidak risau. Sepatutnya lebih banyak lagi," kata Haaland.

Haaland dilihat sebagai pengganti terbaik untuk Aguero, penjaring terbanyak kelab Manchester itu.

City kendalian Pep Guardiola memenangi Liga Perdana Inggeris sepanjang dua musim lalu tanpa kehadiran penyerang utama dan dan dia gembira melihat perpindahan Haaland membuahkan hasil dengan pantas.

"Erling mempunyai tindakan penyudah yang baik dan dia cepat menyesuaikan diri. Dia sangat bagus. Saya tidak boleh mengajarnya bagaimana untuk menjaringkan gol, dia hanya perlu rasa selesa," kata Guardiola. 

(Foto Man City FB)