Australia sekat pasukan B16 kebangsaan

Selasa 9 Ogos 2022 09:44

Perjuangan skuad B-16 negara dalam Kejohanan AFF B-16 ternoktah selepas terikat 2-2 dengan Australia dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan C di Stadium Maguwoharjo, Sleman semalam.

Turun dengan misi wajib menang, pasukan bimbingan Osmera Omaro itu, bagaimanapun, ketinggalan seawal minit ke-17 apabila Ayman Gulasi memecahkan kebuntuan buat Australia.

Anjasmirza Saharudin kemudian kembali mengikat kedudukan pada minit ke-36 untuk memberikan sedikit kelegaan buat skuad negara sehingga ke bilik persalinan.

Terdapat sedikit sinar diterbitkan Harimau Muda apabila Anjasmirza menemui jaringan kedua peribadinya selepas tiga minit perlawanan bersambung tetapi Max Hately memusnahkan impian skuad negara menerusi jaringan penyamaannya pada minit ke-65.

Dengan keputusan itu, Malaysia kandas di peringkat kumpulan selepas hanya mengumpulkan lima mata, kurang dua mata di belakang juara Kumpulan C, Myanmar, yang menewaskan Kemboja 1-0 dalam satu lagi perlawanan.

Vietnam pula muncul pasukan naib juara terbaik dengan enam mata dalam saingan Kumpulan A untuk mengiringi Indonesia ke separuh akhir.

(Foto FAM FB)

Artikel Berkaitan

Pan Gon puji semangat juang anak buah

09:18 26-09-2022

Pan Gon mahu kutip maklumat tambahan

09:32 22-09-2022