Werner kembali ke pangkuan RB Leipzig

Selasa 9 Ogos 2022 10:30

Chelsea bersetuju menjual kembali Timo Werner kepada RB Leipzig dengan harga £25.3 juta (RM136 juta), menurut laporan hari ini.

The Blues menandatangani pemain Jerman daripada kelab Bundesliga itu dua tahun lalu dengan harga £53 juta (RM285j) namun selepas gagal menyerlah di Stamford Bridge, kelab barat London terbabit mahu melepaskannya semula dengan kerugian hampir £30 juta (RM161.42j).

Yuran perpindahan Werner dilaporkan berjumlah sekitar £25.3j bersama tambahan lain.

Werner, 26, tidak terbabit dengan skuad Thomas Tuchel yang menewaskan Everton 1-0 dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu lalu.

Dia tampil 89 perlawanan keseluruhan bersama Blues tetapi hanya menjaringkan 23 gol.

Musim lalu dia hanya meledak empat gol dalam aksi EPL dan satu gol serta bantuan jaringan ketika menentang Real Madri dalam aksi Liga Juara-Juara.

Werner jauh lebih cemerlang di Jerman sebelum menyertai Blues. Dia menjaringkan 90 gol dan mencipta 40 bantuan jaringan ketika empat tahun di RB Leipzig.

Pada musim terakhir musim Bundesliga dia meledak 28 gol dalam 34 perlawanan.

Werner pemain berprofil tinggi kedua meninggalkan Stamford Bridge pada musim panas.

The Blues meminjamkan Romelu Lukaku ke Inter Milan, hanya setahun selepas mendapatkannya dengan harga £97.5 juta (RM524.61j).

Tuchel menurunkan Kai Havertz di bahagian depan hujung minggu lalu dengan Armando Broja masuk sebagai pemain gantian selepas kembali dari Southampton.

(Foto Timo Werner FB)

Artikel Berkaitan

Potter kecewa diikat Salzburg

09:44 15-09-2022

Tuchel luah kekecewaan di Twitter

09:22 12-09-2022