Selangor gugurkan Feichtenbeiner sebagai ketua jurulatih

Rabu 10 Ogos 2022 09:29

Selangor mencapai persetujuan bersama untuk melepaskan Michael Feichtenbeiner daripada jawatan ketua jurulatih selepas setengah musim memegang jawatan itu.

Bagaimanapun, Feichtenbeiner akan kekal memainkan peranannya selaku pengarah sukan pasukan itu yang disandangnya sejak 2020.

Dengan keputusan itu, penolong jurulatih, Nidzam Jamil, akan menggalas tugas sebagai ketua jurulatih interim sepanjang baki saingan musim ini.

"Pencarian ketua jurulatih baru sedang dijalankan dan pihak kelab akan membuat pengumuman lanjut sebaik sahaja segala penelitian telah dibuat," tambah kenyataan itu.

"Tugas tersebut kini digalas oleh pembantu ketua jurulatih, Nidzam Jamil, yang akan mengambil alih tanggungjawab mengemudi pasukan utama Selangor sebagai ketua jurulatih sementara (interim) bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia 2022."

Selangor seterusnya akan meneruskan saingan Liga Super dengan berdepan Terengganu FC di Stadium Petaling Jaya pada 17 Ogos ini.

(Foto Selangor FC FB)

Artikel Berkaitan

JDT bangkit tundukkan Kedah

10:20 05-10-2022

Lambert ledak hatrik, KL belasah Sarawak United

09:16 29-09-2022