Sabah ungguli derbi Borneo

Rabu 10 Ogos 2022 09:33

Sabah terus memberikan tekanan buat Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kelompok teratas Liga Super selepas mengungguli 'Derbi Borneo' dengan menewaskan Sarawak United 1-0 di Stadium Likas semalam.

Dengan kemenangan itu, Sabah hanya kekurangan satu mata di belakang pendahulu liga, JDT, meskipun pasukan Harimau Selatan berkelebihan dua perlawanan dalam tangan.

Aksi di Kota Kinabalu menyaksikan jaringan daripada kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar, menjadi pemisah di antara kedua-dua pasukan.

Beraksi di depan lebih 10,000 penyokong di laman sendiri, Sang Badak lebih mengawal perlawanan tetapi gagal mengatasi penjaga gawang Kenyalang Emas Tauffiq Ar Rashid.

Kecemerlangan Tauffiq akhirnya berakhir pada minit ke-63 apabila Baddrol bijak mencari ruang untuk menanduk masuk lambungan Saddil Ramdani untuk meraih kemenangan serta gelaran Raja Borneo.

Sabah seterusnya akan bertandang ke laman Kedah Darul Aman pada 17 Ogos ini manakala Sarawak United pula, yang kini sedang menduduki tangga ke-10 Liga Super, akan bertemu Terengganu pada Sabtu ini.

(Foto Sabah FC FB)

Artikel Berkaitan

JDT bangkit tundukkan Kedah

10:20 05-10-2022

Lambert ledak hatrik, KL belasah Sarawak United

09:16 29-09-2022