Mane mampu ganti Lewandowski: Mueller

Rabu 10 Ogos 2022 09:52

Bintang Bayern Munich, Thomas Mueller menyifatkan Robert Lewandowski sebagai ‘rakan sepasukan dalam kerjayanya’, namun percaya Sadio Mane juga mampu memberikan impak sama.

Selain Lewandowski, pe­nyerang veteran itu turut mempunyai beberapa ‘rakan sepasukan’ seperti Manuel Neuer, Arjen Robben, Philipp Lahm dan Bastian Schweinsteiger.

“Dia (Lewandowski) pemain yang menakjubkan, kami telah bersama untuk tempoh lama dan dia peledak menakjubkan sepanjang kami bersama.

“Sadio Mane pula lelaki hebat, itu jelas. Dia benar-benar mempunyai sesuatu dalam dirinya apabila ia datang ke kelab ini,” katanya ketika mengulas kehadiran gandingan barunya itu dari Liverpool.

Lewandowski meledak 344 gol dalam 375 penampilan sepanjang lapan tahun bersama kelab gergasi Jerman itu.

Mane menyertai Bayern selepas menerusi perpindahan bernilai 35 juta pound (RM188.93 juta) dari Liverpool dengan ­kontrak tiga tahun.

Penyerang Senegal itu memulakan karier di Bayern dengan cemerlang apabila meledak gol ketika membantu mereka menjulang Piala Super Jerman, menewaskan RB Leipzig 5-3, bulan lalu

Dia turut menjaringkan gol pertama dalam Bundesliga ketika Bayern membelasah Eintracht Frankfurt 6-1 Sabtu lalu.


(Foto FC Bayern Munich FB)

Artikel Berkaitan

Bayern berpesta gol

09:19 05-10-2022

Mane masih terbayang Liverpool

09:27 04-10-2022