Sikap Ronaldo buat rakan sepasukan muak

Rabu 10 Ogos 2022 10:01

Pemain Manchester United dikatakan sudah bosan dengan kelakuan dan sikap Cristiano Ronaldo.

Beberapa pemain lebih suka jika penyerang itu meninggalkan kelab berbanding mewujudkan masalah berpanjangan antaranya dan kelab.

Wujud perbezaan pendapat di antara pemain dalam skuad terhadap pendirian dan apa yang dilakukan Ronaldo di kelab itu.

Sumber di United memberitahu: "Ia kini mendatangkan rasa tidak senang ramai pemain.

"Dia ada sekutu dalam kem tetapi ramai yang sudah bosan dengan apa yang berlaku."

Ronaldo mahu keluar dari Old Trafford hanya 12 bulan selepas kembali ke kelab itu namun kelab tidak mahu menjualnya.

Pemain itu percaya dia ada perjanjian tidak rasmi jika United tidak layak ke Liga Juara-Juara dia dibenarkan meninggalkan kelab.

Ejennya, Jorge Mendes merayu kepada Ketua Eksekutif, Richard Arnold untuk memberikan tanda harga kerana dia sudah ada perjanjian buat Ronaldo berhijrah ke kelab yang tidak dinamakan.

Namun pemilik kelab, Glazers menegaskan dia bukan untuk dijual.


(Foto Man United FB)

Artikel Berkaitan

Maguire perlu bangkit: Carragher

09:39 29-09-2022

Ronaldo tak timbulkan masalah: Pogba

09:21 29-09-2022