Haaland dapat fisioterapi khas dari Man City

Selasa 20 September 2022 10:22

Manchester City menghantar pakar fisioterapi Mario Pafundi untuk memantau dengan lebih dekat perkembangan Erling Haaland di kem latihan pasukan kebangsaan Norway.

Prestasi cemerlang Haaland menjaringkan 14 gol dalam sembilan perlawanan pertamanya jelas mengembirakan Man City tetapi rekod kecederaan bintang muda itu musim di Borussia Dortmund tetap mengusarkan juara bertahan Liga Perdana.

Dan mereka mahu memastikan Haaland terus berada dalam keadaan terbaik ketika enam minggu awal musim ini.

Jurulatih Norway, Stale Solbakken berkata Pafundi akan bertugas selaku fisioterapi ketiga dan bukan hanya bertugas buat Haaland semata-mata.

Bagaimanapun dia mengakui penyerang itu menyarankan pegawai perubatan perlu ditambah ke dalam staf belakang tabir untuk aksi Liga Negara-Negara berdepan Serbia dan Slovakia itu.

Ia adalah rehat perlawanan antarabangsa pertama sejak pemain itu menjadi pemain rasmi City dan kelab baharunya itu mahu membina hubungan yang rapat dengan pasukan kebangsaan diwakilinya.

Sumber di Etihad berkata mereka menyasarkan untuk berkongsi kaedah latihan yang terbukti berkesan ketika Haaland memulakan kehidupan sensasi di England.

Mereka menguruskannya dengan berhati-hati sejak pemain itu menyertai mereka pada 10 Julai dan setakat ini ia sudah membuahkan hasil.

Masih belum pasti sama ada Pafundi akan sekali lagi ke sana apabila Norway – yang tidak layak ke Piala Dunia – kembali ke perlawanan kompetitif pada Mac.

(Foto Erling Haaland FB)