TMJ: Sama ada Perak kaya atau LTK tiada kerja

Rabu 21 September 2022 09:20

Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membayangkan hanya ada dua kemungkinan membolehkan Perak untuk mengikat bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim sebagai jurulatih baharu pasukan itu.

Ketika menjawab soalan daripada penyokong dalam satu sesi temubual di Stadium Sultan Ibrahim semalam, Tunku Ismail mengulas mengenai faktor yang membolehkan Teong Kim menyertai skuad Seladang.

"Sama ada Perak betul-betul kaya ataupun dia (Teong Kim) terima gaji lebih kecil kerana tiada kerja. Itu sahaja ceritanya.

"Saya 'very straightforward', " kata Tunku Ismail secara ringkas.

Terdahulu, Tunku Ismail pernah mendedahkan gaji yang tinggi diperlukan untuk mengupah bekas pengendali skuad remaja Bayern Munich itu dengan JDT pernah berdepan situasi sama bagi mendapatkan khidmatnya.

"Kalau untuk pembangunan, boleh tetapi berapa gaji dia? Masa dia mahu kerja dengan saya, dia minta 70,000, 80,000 euro (RM327,000-RM374,000) sebulan dan mahu membawa dua lagi pembantunya," kata Tunku Ismail.

Malah, bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga pernah mendedahkan gaji Teong Kim mencecah RM175,000 sebulan tanpa dikenakan cukai ketika dia memegang jawatan sebagai Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD)

(Foto JST FB)

Artikel Berkaitan

JDT menang, Bergson ledak hatrik

10:18 30-08-2022

JDT terus kuasai persada Liga Super

09:46 11-08-2022