Pan Gon puji semangat juang anak buah

Isnin 26 September 2022 09:18

Jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon menjangkakan keputusan mungkin berbeza jika final Piala Raja Thai berhadapan Tajikistan tidak berlangsung dalam keadaan hujan lebat.

Impian Malaysia untuk menjulang Piala Raja Thai selepas 44 tahun berkecai apabila tewas 0-3 menerusi penentuan sepakan penalti di tangan Tajikistan pada aksi final di Stadium Chiang Mai, setelah perlawanan tamat dengan kedudukan seri 0-0. 

Namun, Pan-gon memuji barisan pemain yang tetap mempamerkan semangat juang yang tinggi dan dia juga mempertahankan pertukaran pemainnya pada babak kedua dimana dia mempertaruhkan barisan pemain yang memiliki kelebihan dari segi fizikal.

“Kita menjangkakan perlawanan yang sukar. Keadaan hujan menyukarkan kita. Ia menjadi permainan fizikal. Saya tetap berbangga dengan pencapaian Harimau Malaya," kata pengendali dari Korea Selatan itu.

“Saya puji perwatakan pemain. Dalam sepakan penalti, kita boleh menang atau tewas. Bagaimanapun, kami telah menunjukkan semangat juang yang tinggi."

“Kami menukar pemain disebabkan dari segi taktikal kerana mereka dilihat mempunyai kelebihan dari segi fizikal. Jika tiada hujan, kita akan bermain lebih baik."

“Saya menjangkakan pemain boleh menghasilkan lebih baik dari ini. Kita bertarung dengan baik dan saya mahu sentiasa bersikap positif."

“Terima kasih kepada semua penyokong kerana memberi sokongan kepada kami. Saya sangat menghargai kelab kerana membenarkan kami menggunakan beberapa pemain dan terus beri sokongan kepada kami."

(Foto FAM FB)

Artikel Berkaitan

Harimau Malaya kejutkan Gajah Perang

09:17 23-09-2022

Pan Gon mahu kutip maklumat tambahan

09:32 22-09-2022