Perancis berhadapan bahaya

Isnin 26 September 2022 09:27

Penyandang juara Liga Negara-Negara Perancis memerlukan bantuan untuk elak tersingkir daripada liga utama.

Les Bleus tewas 0-2 di Denmark untuk menamatkan aksi Liga A, Kumpulan 1, dengan hanya satu kemenangan daripada enam perlawanan, tetapi kemenangan 3-1 Croatia di Austria menyelamatkan juara dunia itu daripada tersingkir.

Pengendali Perancis Didier Deschamps berharap beberapa pemain utama dapat pulih daripada kecederaan dalam usaha mereka untuk mempertahankan kejuaraan Piala Dunia dengan aksi pertama bertemu Australia pada 22 November.

"Ini adalah pasukan muda Perancis, yang sebahagian besarnya belum mempunyai pengalaman tahap tertinggi,"

"Hari ini adalah realiti sebenar dan apa yang akan menanti kita dalam masa dua bulan dari sekarang," kata Deschamps.

Denmark yang juga akan bertemu Perancis pada aksi peringkat kumpulan di Qatar, menunjukkan mereka juga mampu memberikan masalah kepada juara bertahan itu di Piala Dunia.

Kedua-dua gol hadir menerusi jaringan Kasper Dolberg dan Andreas Skov Olsen pada babak pertama.

Perancis terpaksa beraksi tanpa Hugo Lloris, Jules Kounde, N'Golo Kante, Paul Pogba, Ousmane Dembele dan Karim Benzema kerana kecederaan.

Tetapi trio bintang Antoine Griezmann, Olivier Giroud dan Kylian Mbappe yang turun beraksi gagal menemui sentuhan untuk Perancis.


(Foto UEFA EURO 2024 FB)

Artikel Berkaitan

Deschamps pertahankan Mbappe

10:04 27-09-2022

Mbappe, Giroud cemerlang bantu Perancis

09:22 23-09-2022