Jangan panik: Kane

Isnin 26 September 2022 09:56

Kapten England Harry Kane memberitahu penyokong mereka untuk tidak panik di sebalik keputusan mengecewakan menjelang saingan ke Piala Dunia.

Di sebalik penurunan dalam prestasi England, Kane percaya pasukan itu mampu mempamerkan permainan yang berkualiti apabila Piala Dunia Qatar bermula November ini.

Setelah mara ke separuh akhir Piala Dunia di Russia empat tahun lalu dan menamatkan saingan sebagai naib juara Kejohanan Eropah musim panas lalu, England adalah antara pasukan pilihan untuk menjulang trofi musim sejuk ini.

Tetapi keadaan menjadi serba tidak berhasil untuk England, yang mengalami penyingkiran daripada peringkat teratas Liga Negara-Negara dengan baki perlawanan berikutan kekalahan 1-0 di Itali.

"Saya rasa begitu. Kami tidak panik. Kami tahu kami berusaha untuk bertambah baik," kata pemain penyerang itu.

"Sudah tentu saya memahami kekecewaan penyokong. Saya juga peminat England dan masih peminat England sama ada saya bermain atau tidak."

“Jika kami berjaya mengharungi kejohanan di Qatar nanti, saya pasti ramai akan melupakan keputusan mengecewakan ini."

"Kami perlu mempamerkan peningkatan, kami mengetahuinya. Penyokong sentiasa hebat dan kekal bersama kami.

"Saya tahu mereka akan bersama kami (menentang Jerman di Wembley) menyokong kami dan semua orang akan teruja dengan Piala Dunia, tanpa mengira apa yang berlaku.

"Semoga kami dapat membalas kepercayaan mereka dengan beberapa keputusan yang baik."

(Foto UEFA EURO 2024 FB)

Artikel Berkaitan

Maguire perlu bangkit: Carragher

09:39 29-09-2022

England bangkit ikat Jerman

09:29 27-09-2022