Thiago kutuk perangai rasis penyokong Tunisia

Rabu 28 September 2022 09:15

Kapten Brazil Thiago Silva membidas kelakuan perkauman penyokong pasukan Tunisia.

Pemain penyerang Richarlison dibaling pisang oleh penyokong ketika Brazil membelasah Tunisia 5-1 dalam aksi persahabatan di Paris, di mana Neymar menghampiri rekod jaringan Pele untuk juara dunia lima kali itu.

Aksi di Parc des Princes turut terhenti seketika apabila penonton terpaksa diberi amaran sebanyak dua kali supaya tidak mengganggu pemain-pemain Brazil dengan pancaran laser.

"Ia memalukan, sukar untuk melihat situasi sebegitu. Malangnya sukar untuk mengubah mentaliti sesetengah orang.

"Saya harap mereka akan sedar yang ia tidak akan memberikan kesan, ia sudah berlalu, kita perlu berubah. Malangnya ramai yang masih di takuk lama," kata Thiago.

Konfederasi Bolasepak Brazil (CBF) turut mengeluarkan kenyataan membidas kelakuan penyokong Tunisia.

"Malangnya, pisang turut dibaling ke atas padang kepada Richarlison, penjaring gol kedua Brazil. CBF akan terus berusaha menangani perkauman," kata 

Perlawanan itu menyaksikan Brazil menguasai babak pertama perlawanan terakhir mereka di tempat lawan sebelum bertandang ke Qatar untuk memburu gelaran keenam Piala Dunia.

Raphinha meledak dua gol manakala Neymar kini hanya dua gol di belakang rekod jaringan sepanjang zaman Pele.

Richarlison turut menemui sasaran, manakala Pedro menjaringkan gol sebagai pemain gantian di babak kedua sebelum meraikan jaringan di depan penyokong yang mencemuhnya.

Brazil kendalian Tite akan membuka saingan Kumpulan G Piala Dunia menentang Serbia pada 24 November. 

(Foto Fédération Tunisienne de Football FB)

 

Artikel Berkaitan

Jaringan Messi lonjak PSG

09:38 19-09-2022

Al-Khelaifi nafi Neymar-Mbappe berbalah

11:34 26-08-2022