Keane selar aksi bintang Man United

Isnin 3 Oktober 2022 09:33

Bekas pemain Manchster United, Roy Keane menyelar pemain-pemain bintang Red Devils sebagai tidur pada separuh masa pertama menyebabkan mereka di belasah 6-3 oleh City.

United menyertai derby Manchester di Etihad selepas memenangi empat perlawanan berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris.

Tetapi mereka dibelasah 3-6 oleh Man City pada separuh masa pertama menyebabkan mereka berada dalam situasi sukar walaupun bangkit menjaringkan tiga gol pada separuh masa kedua.

Skuad kendalian Pep Guardiola mengawal permainan seawal dari wisel permulaan dan Phil Foden mendahului pasukan tuan rumah dalam tempoh sepuluh minit pertama.

Man United berjaya mengekalkan kedudukan 1-0 sehingga Erling Haaland menanduk masuk bola dari sepakan sudut pada minit ke-34.

Penyerang prolifik itu mendapat gol keduanya beberapa minit kemudian selepas dia bergabung dengan Kevin De Bruyne.

Sejurus sebelum rehat Haaland membantu Foden untuk meledak gol keduanya untuk menambah permulaan yang sensasi dari City.

“Saya terkejut melihat betapa lemahnya United. City sangat cemerlang,” kata Keane, yang mengkritik pemain tengah United Christian Eriksen.

“Tetapi cara permainan bermula, tidak ada kesungguhan, anda perlu menutup pergerakan. Anda tidak boleh memberi masa dan ruang kepada Man City seperti ini dengan kualiti yang mereka ada.

“Eriksen sedang tidur, Foden masuk dari belakangnya untuk penyudah dengan satu sentuhan. Permulaan yang paling buruk untuk United.”

Pada gol keempat, Keane menambah: “Eriksen di sana, dia perlu mengasari [De Bruyne], perlu berkorban.

“Mereka beri ruang untuk Haaland dan penyudah dari Foden. Sangat cemerlang dari Man City. Benar-benar cemerlang. Jika kami memerlukan peringatan tentang betapa bagusnya City; kami sudat mendapatnya.

“Tetapi United, ya Tuhanku, ia seperti perlawanan yang terlalu besar untuk mereka. Saya hampir tidak percaya dengan apa yang saya tonton,” katanya.

(Foto Man City FB)