Klopp mahu segalanya lebih baik

Selasa 4 Oktober 2022 10:44

Jurgen Klopp mengakui Liverpool perlu "melakukan segala-galanya dengan lebih baik" jika mahu mengubah permulaan tidak konsisten musim ini.

The Reds setakat ini hanya mampu meraih dua kemenangan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu, Arsenal, selepas terikat 3-3 dengan Brighton minggu lalu.

Mereka juga dibelasah Napoli 4-1 dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) sebelum menewaskan Ajax 2-1 dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan.

Liverpool akan meneruskan saingan peringkat Eropah dengan dua perlawanan berturut-turut menentang Rangers bermula dengan aksi di Anfield pada awal pagi Khamis ini.

"Kami perlu memperbaikinya... Kami perlu bermain dengan lebih baik, berterusan bermain baik, bertahan dengan lebih baik, menyerang dengan lebih baik, hampir segala-galanya," kata pengurus Liverpool itu.

"Saya tidak mahu bercakap banyak mengenainya tetapi ia benar-benar seperti itu."

"Baru dua tahun lalu kami berdepan situasi yang amat serupa atas sebab berbeza, di mana kami kehilangan semua pertahanan, separuh pemain tengah, hampir kesemua mereka dan perlu mencari penyelesaian."

"Kami kehilangan permainan kami, tiada siapa dapat mengenalinya lagi. kami hanya memakai jersi yang sama tetapi tidak dapat memberikan reaksi segera seperti yang semua orang mahukan."

"Tetapi kami mencari jalan keluar daripadanya kerana kami berusaha untuk mendapatkannya dan itulah yang akan kami lakukan kali ini," katanya.

(Foto Liverpool FB)