Bayern berpesta gol

Rabu 5 Oktober 2022 09:19

Bintang Jerman Leroy Sane menjaringkan dua gol ketika Bayern Munich meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Juara-Juara dengan kemenangan 5-0 ke atas Viktoria Plzen di saingan Kumpulan C, awal pagi tadi.

Selain Sane, Serge Gnabry, Sadio Mane dan Eric Maxim Choupo Moting masing-masing turut meledak gol untuk Bayern pada perlawanan tersebut.

Mempamer aksi meyakinkan di Inter serta di halaman sendiri ketika bertemu Barcelona, ​​Bayern tidak terkesan dengan ketiadaan Joshua Kimmich dan Thomas Mueller, yang diuji positif Covid-19.

Dengan mengumpul sembilan mata, skuad kendalian Julian Nagelsmann hampir menempah tiket ke peringkat kalah mati manakala Inter Milan dan Barcelona akan bertemu selepas ini.

"Kami kekal tenang, kami mendominasi dan mengawal sepenuhnya perlawanan," kata kapten Bayern, Manuel Neuer.

"Rasa amat bagus apabila anda cepat menyesuaikan diri dan menjaringkan gol lebih awal. Ia menyebabkan pihak lawan sukar untuk mengubah permainan atau mencipta peluang.

"Kemenangan ini penting untuk mengekalkan momentum selepas perlawanan menentang (Bayern) Leverkusen sebelum ini."

(Foto UEFA Champions League FB)

Artikel Berkaitan

Mane masih terbayang Liverpool

09:27 04-10-2022

Bayern masih yakini Nagelsmann

09:38 20-09-2022