Real kekal rekod 100% di Eropah

Khamis 6 Oktober 2022 11:11

Real Madrid hanya perlu menang satu daripada tiga perlawanan berbaki di Kumpulan F untuk mara ke pusingan 16 terakhir LIga Juara-juara Eropah selepas mencatat kemenangan ketiga berturut-turut.

Juara Eropah itu menang 2-1 ke atas Shakhtar Donetsk di Madrid untuk kekalkan rekod 100% di peringkat kumpulan.

Gol jaringan dua penyerang Brazil – Rodrygo dan Vinicius Junior, selepas hanya 28 minit bermain, cukup untuk peroleh tiga mata buat pasukan kendalian Carlo Ancelotti.

Jaringan akrobatik Oleksandr Zubkov untuk wakil Ukraine itu gagal menggusarkan Real, yang tidak meggunakan beberapa peluang cantik, khasnya kepada Karim Benzema, untuk melebarkan jurang pada babak kedua.   

Selepas tiga perlawanan, Real sudah miliki kelebihan lima mata ke atas Shakhtar, yang menduduki tangga kedua.

RB Leipzig, yang tundukkan Celtic 3-1 di Jerman, berada di kedudukan ketiga dengan tiga mata manakala juara Scotland itu berada di tempat tercorot dengan hanya satu mata.

Artikel Berkaitan

Benzema punca Real cicir mata

09:42 03-10-2022

Benzema kembali perkuatkan Real

15:26 29-09-2022