Ini Piala Dunia terakhir saya - Messi

Jumaat 7 Oktober 2022 09:24

Lionel Messi mengesahkan Piala Dunia 2022 di Qatar akan menjadi penampilan terakhirnya di kejohanan tersebut.  

Bintang Argentina, yang kini berumur 35 tahun, belum lagi menikmati kemenangan di pertyandingan berprestij itu.

Messi cuma berpuas hati dengan gelaran naib juara pada tahun 2014, manakala tersingkir pada pusingan suku akhir di 2006 dan 2010 dan pusingan kedua di 2018.

“Ya, ini pasti Piala Dunia terakhir saya,” kata Messi semasa ditanya pemberita.

“Saya teruja untuk kembali ke pentas Piala Dunia. Pada masa yang sama, saya juga berasa gemuruh kerana ini peluang terakhir di kejohanan itu, dan saya ingin mencapai kejayaan.”

Argentina salah satu pasukan pilihan di Qatar setelah menjuarai Copa America dan mengharungi pusingan kelayakan Amerika Selatan tanpa mengalami kekalahan.

Di Qatar, Argentina akan mengharungi saingan Kumpulan C bersama Mexico, Poland dan Arab Saudi.