Pemain gantian pacu kebangkitan Man United

Jumaat 7 Oktober 2022 10:07

Manchester United terselemat daripada diaibkan Omonia Nicosia selepas pemain gentian mereka berjaya melengkapkan kemenangan 3-2 semasa saingan Liga Europa pagi tadi.

Pasukan kendalian Erik Ten Hag tersentak pada separuh masa pertama apabila Karim Ansarifard meletakkan pasukan dari Cyprus itu di depan.

Ansarifard mengambil kesempatan daripada serangan pantas Omonia selepas sepakan penjuru Manchester United di gawang gol bertentangan.  

Walaupun Cristiano Ronaldo dan Casemiro diturunkan dalam kesebelasan utama, United gagal melepasi benteng pertahanan.

Kelab Liga Perdana Inggeris itu mula berbisa selepas kemasukan Marcus Rashford, Luke Shaw and Anthony Martial pada babak kedua.

Rashford menyamakan kedudukan pada minit ke 53 sebelum Martial meletakkan United di depan 10 minit kemudian.

Rashford menjaringkan gol peribadinya yang kedua pada minit ke 84 dan berjaya mencapai kemenangan walaupun Nikolas Panayiotou merapatkan jurang dua minit kemudian bagi pasukan tuan rumah.

“Walaupun kami menguasai permainan sejak awal, kesilapan yang tidak seharusnya berlaku membolehkan pasukan lawan membuka jaringan,” jelas Ten Hag.

“Namun, pemain United tidak berputus asa dan mempamer semangat juang kental. Kemasukan pemain gentian memang berbaloi kerana mereka terus memberi impak positif kepada barisan serangan.”

Walaupun United menang, persembahan Ronaldo dikritik segelintir peminat kerana gagal menyempurnakan beberapa peluang yang dimilikinya  

United kini selesa dengan enam mata daripada tiga perlawanan di Kumpulan E, tiga mata di belakang pendahulu Real Sociedad.

Artikel Berkaitan

Ronaldo pemain pertama cecah 700 gol

09:44 10-10-2022

Antony-Rashford akhiri rekod Arsenal

09:49 05-09-2022