RAMALAN SKOR EPL | Arsenal mampu tundukkan Liverpool

Jumaat 7 Oktober 2022 15:22

Chelsea 3 - 0 Wolves

Chelsea memburu kemenangan ketiga berturut di bawah pimpinan Graham Potter. Wolves, yang masih menanti perlantikan pengurus baru, mengalami masalah jaringkan gol walaupun dibarisi pemain berkaliber.

 

Manchester City 6 – 0 Southampton

Juara bertahan City tidak akan berdepan masalah besar untuk membaham Saints di Stadium Etihad. Erling Haaland, yang dijangka akan memecah rekod jaringan Liga Perdana, berpeluang capai hatrik keempatnya di laman sendiri.

 

Brighton 2 – 2 Tottenham

Tottenham gagal menang dua perlawanan terakhir. Brighton pula megah selepas mengikat Liverpool 3-3 di Anfield semasa penampilan sulung Roberto Di Zerbi. Harry Kane, Son Heung-min dan Richarlison perlu dapatkan balik sentuhan gol Spurs untuk mencegah kekecewaan di tempat sendiri.

 

Bournemouth 2 – 3 Leicester City

Leicester kembali yakin dengan kemenangan pertama awal minggu ini selepas permulaan buruk. Anak buah Brendan Rodgers akan memburu tiga mata lagi untuk keluar daripada zon penyingkiran.

 

Newcastle 2 – 0 Brentford

Brentford gagal menang dalam sebarang perlawanan yang berlangsung di tempat lawan pada musim ini. The Bees dijangka tumpas lagi bila berkunjung ke St. James Park untuk menentang Newcastle.

 

West Ham 1 – 2 Fulham

Kemasukan penyerang Itali Gianluca Scamacca ke dalam kesebelasan utama memberi nafas baru kepada West Ham. Namun, kepenatan bermain di Liga Europa bakal beri kelebihan kepada Fulham, yang dapat berehat seminggu.

 

Crystal Palace 2 – 1 Leeds United

Walaupun pamerkan persembahan menarik, Palace hanya mampu menang satu perlawanan liga setakat ini. Kekhilafan atas padang perlu dielak sekiranya anak buah Patrick Vieira ingin menjauhkan diri daripada zon penyingkiran.

 

Arsenal 4 – 2 Liverpool

Buat pertama kali sejak Mikel Arteta ambil alih sebagai pengurus, Arsenal menjadi pasukan pilihan semasa menentang Liverpool. Pertahanan Reds mudah bocor dan dijangka akan dihukum oleh pendahulu liga di Emirates.

 

Everton 1 – 1 Manchester United

Pertahanan kebal Everton akan diuji serangan United, yang dijangka akan diterajui Marcus Rashford dan Anthony Martial. Anak buah Frank Lampard bukan lagi pasukan belasahan, dan mampu berikan tentangan sengit di Goodison Park.

 

Nottingham Forest 0 – 1 Aston Villa

Dua pasukan yang masih mencari keserasian dan rentak akan bertembung di City Ground. Forest mengalami lima kekalahan berturut, dan pengurusnya Steve Cooper bakal dipecat jika kecundang di tangan Villa.