Malaysia layak bergaya selepas baham Indonesia

Isnin 10 Oktober 2022 10:14

Pasukan bawah 16 tahun Malaysia layak secara penuh bergaya je kejohanan Piala Asia B-17 2023 setelah membaham Indonesia 5-1 untuk muncul juara Kumpulan B.

Kemenangan besar itu membolehkan skuad bimbingan Osmera Omaro untuk mengumpul 10 mata daripada empat perlawanan, satu mata lebih daripada Indonesia.

Malaysia tidak dijangka dapat berpesta gol bila berdepan pasukan Indonesia, yang menang mudah tiga perlawanan pertama mereka dan dapat kelebihan bermain di hadapan penyokong mereka di Bogor.

Pasukan negara, yang sebelum ini berjaya mengejutkan Emirah Arab Bersatu (UAE) 3-2, juga dikecam minggu lepas selepas cuma seri 1-1 dengan pasukan belasahan Guam, yang tumpas 0-14 kepada Indonesia.

Pasukan tuan rumah cuba bangkit pada separuh masa kedua, tetapi hanya dapat balas satu gol menerusi Arkhan Kaka Putra pada masa kecederaan.

Malaysia akan tampil buat kali keenam di kejohanan Piala Asia B-17 selepas 2004, 2008, 2014, 2016 dan 2018. Pencapaian terbaik skuad negara ialah layak ke suku akhir pada 2014.

Selain Malaysia, tiga lagi negara Asean turut berjaya layak ke kejohanan – Vietnam, Thailand dan Laos melalui kumpulan kelayakan masing-masing. Hanya 10 juara kumpulan dan enam pasukan naib juara terbaik yang dapat nemempah tiket ke kejohanan.

Foto: FA Malaysia

Artikel Berkaitan

Malaysia diikat pasukan belasahan Guam

10:04 06-10-2022

Pan Gon puji semangat juang anak buah

09:18 26-09-2022