Luis Diaz boleh lupakan Piala Dunia

Selasa 11 Oktober 2022 09:13

Pemain lincah Liverpool, Luis Diaz, diberitakan tidak akan beraksi sehingga hujung tahun selepas mengalami kecederaan lutut semasa berdepan Arsenal Ahad lalu.

Pemeriksaan lutut yang dilakukan pada hari Isnin mengesahkan pemain antarabangsa Colombia itu memerlukan lebih kurang dua bulan untuk pulih sepenuhnya.

Ini bermaksud Diaz boleh melupakan hasratnya untuk beraksi buat kali pertama di pentas Piala Dunia, yang akan bermula di Qatar bulan hadapan. 

Walaupun Liverpool memulakan kempen Liga Perdana Inggeris dengan hambar, Diaz telah pamer kesungguhan dan aksi cemerlang.

Pemain sayap yang berumur 25 tahun itu memberi umpanan kepada Darwin Nunez untuk jaringkan gol pertama Liverpool semasa kalah 2-3 kepada Arsenal di Stadium Emirates.

Namun, pemain yang dibeli dari Porto awal tahun ini terpaksa meninggalkan padang selepas 42 minit setelah mengalami kecederaan.

Dalam perlawanan yang sama, pemain pertahanan Liverpool Trent Alexander Arnold juga alami kecederaan buku lali pada separuh masa kedua, dan terpaksa diganti.