RAMALAN SKOR EPL | Ujian Man City, Haaland untuk Liverpool  

Jumaat 14 Oktober 2022 11:17

Brentford 1 – 3 Brighton

Pengurus baru Brighton, Roberto De Zerbi masih menunggu kemenangan pertamanya selepas cuma memungut satu mata menentang Liverpool dan Tottenham. Pasukannya dijangka akan menang dengan Brentford yang gagal mengulang kewibawaan musim lalu.

 

Leicester City 0 – 3 Crystal Palace

Ia menjadi misteri bagaimana Brendan Rodgers masih belum dipecat selepas gagal mencetus reaksi positif daripada pasukannya. Palace gah semasa mengalahkan Leeds minggu lalu, dan mempunyai senjata untuk melebur pertahanan Leicester yang goyah.

 

Wolves 0 – 0 Nottingham Forest

Pertemuan di antara dua pasukan di zon relegasi. Wolves masih tiada pengurus selepas ditolak Julen Lopetegui. Dengan hanya tiga gol dalam sembilan permainan, Wolves punyai rekod serangan terburuk dalam liga. Forest mampu mengintai peluang untuk buat kejutan di Molineux.

 

Fulham 1 – 0 Bournemouth

Tiada siapa menjangka Bournemouth, yang dibelasah Liverpool 9-0, kini menduduki tangga kelapan selepas tidak kalah di bawah pengurus sementara Gary O’Neil. Fulham pula merosot selepas pembukaan yang memberangsangkan, dan kalah dua perlawanan lalu dengan agregat 2-7.

 

Tottenham 2 – 1 Everton

Everton mampu ambil peluang ke atas keletihan Spurs, yang berhempas pulas untuk tundukkan Eintracht Frankfurt di Liga Juara-juara. Anak buah Frank Lampard telah tunjukkan peningkatan drastik, dan mampu mengekang Tottenham.

 

Southampton 0 – 2 West Ham

Kedudukan Ralph Hasenhuttl sebagai pengurus tercabar, dan boleh dihukum oleh penyerang sensasi West Ham, Gianluca Scamacca. The Saints kalah kesemua empat permainan lalu, dan dijangka akan alami masalah untuk kekang Hammers.

 

Manchester United 1 -2 Newcastle

Kegagalan barisan serangan Manchester United menghasilkan gol hampir membawa padah semasa kalahkan Omonia Nicosia 1-0. Keyakinan Newcastle tinggi selepas meledakkan sembilan gol dalam dua permainan terkini. Pertarungan sengit dijangka di Old Trafford.

 

Leeds United 0 – 4 Arsenal

Pendahulu liga dijangka tidak akan berdepan masalah besar untuk kumpul tiga lagi mata. Leeds gagal menang dalam lima perlawanan sebelum pertemuan ini, dan tidak cukup mantap untuk menghalang kemaraan Arsenal.

 

Aston Villa 0 – 3 Chelsea

Dua pasukan yang bergerak arah bertentangan. Persembahan Chelsea semakin menjadi di bawah pimpinan Graham Potter, manakala Steven Gerrard pula gagal mengawal kemerosotan Villa. Gerrard boleh dipecat jika Chelsea menang besar.

 

Liverpool 2 – 3 Manchester City

Liverpool pamer potensi sebenar semasa membaham Rangers 7-1 di Scotland. Tetapi, adakah ia cukup untuk membuktikan mereka bersedia untuk hadapi Manchester City dan pemain sensasi liga, Erling Haaland, yang direhatkan semasa aksi Eropah?