Thamsatchanan terus kutip pengalaman di luar Thailand

Selasa 2 Mac 2021 18:49

Bagi peminat bola sepak Asia, nama Kawin Thamsatchanan tidak asing lagi terutamanya aksi cemerlang menjaga gawang.

Status sebagai pemain antarabangsa menjadikan Thamsatchanan digeruni pihak lawan, malah dengan pengalaman beraksi bersama kelab Belgium turut membantu pasukan negaranya melakar kejayaan di pentas Asia.

Biarpun kontraknya bersama OH Leuven berakhir Disember lalu, Thamsatchanan kembali ke Belgium untuk menjadi penjaga gol nombor selepas penjaga gol  kelab itu dipanggil bagi beraksi dalam saingan Copa America edisi tahun ini.

Penjaga gol dari Venezuela Rafael Romo bakal terlibat dalam saingan Copa America yang akan berlangsung pada Jun dan Julai ini sekaligus memberi peluang cerah kepada Thamsatchanan untuk mempamerkan prestasi cemerlang musim 2021/2022 nanti.

Thamsatchanan sebelum ini dilaporkan bakal kembali mewarnai saingan Liga Thai  setelah menghabiskan tahun 2020 sebagai pemain pinjaman di kelab Jepun, Consadole Sapporo.

Thamsatchanan dipinjamkan ke Consadole Sapporo pada awal tahun 2020 untuk beraksi bersama kelab itu namun gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama Consadole.

Dia lebih banyak memanaskan bangku simpanan dan hanya dijadikan sebagai penjaga gol kedua.

Kembali menyarung jersi OH Leuven, ia pastinya berita sedih buat peminat-peminat bola sepak Thailand yang teruja untuk melihat kelibatnya dalam liga musim ini.

Sebelum ini Thamsatchanan dikaitkan dengan kelab Port FC dan Muangthong United.

Artikel Berkaitan